Jumaat, 16 Oktober 2009

Aktiviti Mingguan

Tarikh : 16/10/2009 (Jumaat)
Aktiviti : Serupa Tapi Tak sama
Penyertaan : 29 peserta


 
 
 

Kenali Bendera & Negerinya

Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Aktiviti : Kenali Bendera Dan Negerinya
Penyertaan : 20 peserta
Penerangan Gambar : Peserta dikehendaki mengenali nama-nama negeri dan melekatkan
 bendera mengikut negeri-negeri tersebut.




Tarikh : 3/10/2009 (Sabtu)
Aktiviti : Jom Santai Bermain Saidina
Penyertaan : 27 peserta (5 kumpulan)


Selasa, 13 Oktober 2009

Aktiviti Sepanjang Karnival

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa karnival berlangsung. Letih juge duduk kt Gerai Kraftangan nie....Kepada yang berminat belajar atau pun tempahan.. Silalah hubungi saya ...

Inilah Hasilnya Pokok Bongzai Manik


Menyiapkan Tempahan


Air Tangan Lynda n Kakta

Karnival Makan-Makan Bersama Keluarga 4 October 2009 (Ahad)

Empat orang artis yang turut memeriahkan karnival ini adalah Zizan Nin, Farah Alia, Fauziah Nawi, Tony Yusoff dan juga Ning Baizura.

SETIAP BAYI SATU BUKU

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai yang terlibat Pn. Nor Hayati dan Cik Norma kerana sudi datang memberikan taklimat kepada Ibubapa dan masyarakat setempat. Tidak lupa juga kepada rakan sekerja Sharizal Hapimi kerana turut datang membantu




Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Tugas ibu bapa ialah merangsang perkembangan internek, emosi dan pembelajarannya supaya menjadi bayi yang jenius. Keadaan anak-anak kecil yang suci laksana mutiara berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa yang paling utama iaitu mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang berguna dan dihormati pada masa akan datang.

Pendidikan formal kanak-kanak bermula apabila mereka berumur 5 hingga 6 tahun, tetapi asas pendidikan yang sebenarnya berkembang ketika bayi masih dalam kandungan . Bertepatan dengan ini, ibu bapa perlu memberi peluang kepada bayi untuk menjelajah atau mengenali dunia sekeliling mereka selepas meraka dilahirkan.

Menyedari hakikat ini maka Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa dalam penyediaan pendidikan awal kanak-kanak dengan menghasilkan buku kain melalui Program setiap Bayi Satu Buku yang bersesuaian untuk kanak-kanak 7 tahun kebawah. Program ini juga dapat membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengetahuan kanak-kanak serta tahap kebolehan mereka dalam pembelajaran.