Jumaat, 13 November 2009

Banjir Melanda Kampung Sungai Kechil

Hujan yang lebat pada hari Rabu telah menyebabkan berlakunya banjir di kawasan Kampung Sungai Kechil dan juga beberapa kampung sekitar keesokannya. Lebih kurang 30 biji rumah telah ditenggelami air. Banyak peralatan rumah yang rosak. Jalan menghala ke PERDA ditutup bagi kenderaan ringan dan berat berikutan air penuh diatas jalan raya. Air sungai mula melimpah pada jam 11.00 malam dan mulai surut pada jam 11.25 pagi. Belum pun hilang penat mencuci dan mengemas rumah ,penduduk sekali lagi didatangi banjir pada malam tersebut.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Anggota Bomba Dan Penyelamat Nibong Tebal, Anggota Polis kerana turun memberi bantuan dan memantau keadaan disini, tidak lupa juga kepada JKKKN kerana memberi sumbangan makan tengahari pada hari tersebut. Disini disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan untuk tontonan kalian.



Petanda Amaran berbunyi 2 kali menandakan banjir akan berlaku

Air sungai mulai melimpah
 
 
 
 
Air dah masuk



Air mulai surut



Kerja-kerja pembersihan