Isnin, 24 Mei 2010

Aktiviti Kaum Hawa...

Tiap-tiap hari Ahad pelbagai aktiviti, agenda yang disertai kaum wanita di kampung ini. Aktiviti-aktivi yang dijalankan saban minggu antaranya Bacaan Yasin Fadhilat, Latihan Burdah, Latihan Kompang, Kelas Fardhu Ain dan yang paling best .. nak tahu aktiviti apa.... ha.... jeng jeng jeng... apa lagi kalau bukan aktiviti memancing. Aktiviti yang paling baru adalah Kelas Masakan. Disebabkan setiap minggu penuh dengan agenda yang diatas maka ditetapkan kelas masakan ini di adakan sebulan sekali sahaja. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Kelas ini  dikelolakan oleh Nur Raudah Enterprise. Terima kasih kepada Outlet Era Edar Bandar Baharu kerana menyediakan tempat untuk sama-sama mempelajari masakan tersebut. Sempat juga mempromosikan perpustakaan saya.. 3 jenis Tart yang dapat dipelajari pada Ahad lepas iaitu Fruit Tart, Tart Telur dan Blueberry Cheese Tart. Terdapat 1 resepi BONUS iaitu Mango Cheese Tart....... 

Tengok dan buat...
Pembikinan Fruit Tart
Antara yang telah siap

-->

Jadual Kursus Masakan 2010

(Semua Kursus secara hands-on)

Tarikh :13/6/2010 Ahad
Masakan puding (RM 30)
Mempelajari asas membuat puding dan masakan berasaskan agar-agar
Jenis masakan :-
1. Dadih
2. Puding Kramel (bakar/kukus)
3. Triffle

27/6/2010Ahad
Kek Lapis bakar & Kukus (Asas) RM 60
Mempelajari asas membuat kek lapis menggunakan kaedah moden dan tradisional
1. Kek Lapis masam Manis
2. Kek Lapis India
3. Kek Lapis Popia

25/7/2010 Ahad
Asas Membuat Kek (Bakar & Kukus) RM 40
Mempelajari kaedah asas membuat kek mentega, kek span, kek sifon
1. Kek Lumut Kukus
2. Kek Sifon Oren/ Pandan
3. Kek Coklat Cawan

26/9/2010 Ahad
Kek Lapis Bercorak (RM 60)
Mempelajari kaedah membuat kek lapis bercorak
1. Kek Lapis Semarak
2. Kek Lapis Roll

31/10/2010 Ahad
Western Food (RM 40)
Mempelajari kaedah beberapa jenis masakan barat
1. Sherperd Pie
2. Mushroom Soup
3.Apple Pie

07/11/10 Ahad
Masakan Mee (RM 30)
Mempelajari jenis masakan mee/bihun
1. Bihun / Mee bakso
2. bakso / Bebola daging
3. Laksa Serawak

05/12/10 Ahad
Makanan Pasta & Resepi Bonus (Cheese Cake) RM 50
Mempelajari jenis masakan pasta & spegehetti
1. Spegehetti Bolognese
2. Lasagna
3. Kek Keje Blueberry ( Blueberry Cheese Cake)

SEBARANG PERTANYAAN DAN URUSAN PENDAFTARAN HUBUNGI PN MAZIAH DITALIAN 0124064623 ATAUPUN SAYA SENDIRI DITALIAN 017-4300401 @ EMAILKAN KE skechil@yahoo.com