Selasa, 13 Oktober 2009

SETIAP BAYI SATU BUKU

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai yang terlibat Pn. Nor Hayati dan Cik Norma kerana sudi datang memberikan taklimat kepada Ibubapa dan masyarakat setempat. Tidak lupa juga kepada rakan sekerja Sharizal Hapimi kerana turut datang membantu




Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Tugas ibu bapa ialah merangsang perkembangan internek, emosi dan pembelajarannya supaya menjadi bayi yang jenius. Keadaan anak-anak kecil yang suci laksana mutiara berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa yang paling utama iaitu mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang berguna dan dihormati pada masa akan datang.

Pendidikan formal kanak-kanak bermula apabila mereka berumur 5 hingga 6 tahun, tetapi asas pendidikan yang sebenarnya berkembang ketika bayi masih dalam kandungan . Bertepatan dengan ini, ibu bapa perlu memberi peluang kepada bayi untuk menjelajah atau mengenali dunia sekeliling mereka selepas meraka dilahirkan.

Menyedari hakikat ini maka Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa dalam penyediaan pendidikan awal kanak-kanak dengan menghasilkan buku kain melalui Program setiap Bayi Satu Buku yang bersesuaian untuk kanak-kanak 7 tahun kebawah. Program ini juga dapat membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengetahuan kanak-kanak serta tahap kebolehan mereka dalam pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan