Rabu, 19 Mei 2010

Lagi Banjir Melanda Sungai Kechil

Pagi semalam fuh...... hujan turun dengan lebat sekali...bawa kereta pun sampai tak nampak jalan, dekat luar library pun air dah banyak tapi ....selamat tak masuk library, lebih kurang jam 10 pagi jiranku telefon.. air dah mulai melimpah.. tak tahu la pulak kali ni air cepat naik.. dekat rumah waktu tue tak ada sesiapa pun semua dah keluar bekerja... duduk kt library dah tak senag hati dah... telefon dekat pejabat dapat bercakap dengan Pn Azizah terus pohon cuti kecemasan...masa balik tu...air dah takat buku lali... tikar , carpet pun dah terendam... kali nie banjir cukup lambat nak surut, bayangkan lah dari pukul 10.00 pagi air naik pukul 6 petang baru nak surut... jenuh-jenuh...Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu kejadian

Dekat library pun air penuh....
Bumbung perpustakaan turut bocor
Masjid turut digenangi air
Ibuku sedang ditemuramah pemberita metro , turut kelihatan Tuan Haji Foad Penyelaras KADUN Sungai Bakap
Antara rumah yang turut terlibat

PROMOSI PERPUSTAKAAN

Hari : Wanita Bertemu Masyarakat
Tarikh : 16 Julai 2010 (Ahad)
Jam : 8.00pagi -1.00 petang
Tempat : Dewan Khairat Kematian Kampung Sungai Kechil

Pengisian Acara
  • Persembahan Nasyid,Burdah dan Berendoi
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Persembahan kanak-kanak TABIKA
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Kuih Tradisional
  • Pertandingan Aspek Wanita
  • Teka Panjang Reben
  • Cabutan Bertuah
  • Tayangan Slaid "ISU SEMASA"
  • Gerai-gerai Jualan makanan dan minuman
  • Jualan Produk-produk Anak Tempatan
Memberi penerangan mengenai Setiap bayi Satu Buku
Mempamerkan koleksi buku yang ada
Menerima pendaftaran baru
Pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Bukit Panchor
Kaunter Tabung Haji



Inilah  Gerai-Gerai Jualan Produk-Produk Anak Tempatan, antaranya kerepek,kerisik, jelly kelapa, kek, kuih tradisional, cenderamata, Permata Hijrah, pokok dan baja serta gerai jualan makanan dan minuman.
Antara persembahan yang sempat dirakamkan...

Dikesempatan ini diucapkan jutaan terima kasih kepada Pembantu Perpustakaan Desa Sungai Bakau Pn. Jamilah dan Pembantu Perpustakaan Bukit Tambun Cik Norhasimah kerana membantu menjayakan promosi kali ini. Tidak lupa juga kepada Pegawai Pemantau Perpustakaan Cawangan Jawi En. Ahmad Zaini Effandi B. Md Yusof kerana sudi hadir walaupun seketika cuma...