Jumaat, 13 November 2009

Banjir Melanda Kampung Sungai Kechil

Hujan yang lebat pada hari Rabu telah menyebabkan berlakunya banjir di kawasan Kampung Sungai Kechil dan juga beberapa kampung sekitar keesokannya. Lebih kurang 30 biji rumah telah ditenggelami air. Banyak peralatan rumah yang rosak. Jalan menghala ke PERDA ditutup bagi kenderaan ringan dan berat berikutan air penuh diatas jalan raya. Air sungai mula melimpah pada jam 11.00 malam dan mulai surut pada jam 11.25 pagi. Belum pun hilang penat mencuci dan mengemas rumah ,penduduk sekali lagi didatangi banjir pada malam tersebut.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Anggota Bomba Dan Penyelamat Nibong Tebal, Anggota Polis kerana turun memberi bantuan dan memantau keadaan disini, tidak lupa juga kepada JKKKN kerana memberi sumbangan makan tengahari pada hari tersebut. Disini disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan untuk tontonan kalian.



Petanda Amaran berbunyi 2 kali menandakan banjir akan berlaku

Air sungai mulai melimpah
 
 
 
 
Air dah masuk



Air mulai surut



Kerja-kerja pembersihan 


Sabtu, 7 November 2009

Aktiviti Sabtu

Diadakan pada : 7/11/2009 (Sabtu)
Aktiviti : Find The Pokemon
Peserta : 25 orang



 

 
 


Khamis, 5 November 2009

Aktiviti Minggu Ini

Walaupun hujan belum menunjukkan tanda untuk berhenti , namun ia  tidak menghalang pengguna untuk datang ke perpustakaan.Alhamdullillah aktiviti untuk hari ini selesai juga akhirnya.....

Tarikh : 6/11/2009 (Jumaat)
Aktiviti  : Spring Flower Word Search
Peserta : 21 orang




 

 

 

Jumaat, 30 Oktober 2009

"Sukaneka Perpustakaan Desa Sungai Kechil"


Diadakan pada 30/10/2009
Jam : 3.30 petang
Di Perkarangan Perpustakaan Desa Sg. Kechil

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya :-
  • Bermain Bom Air - Kategori DE & KK
  • Belon berirama - Katerori KK
  • Batu Seremban - DE
  • Tiub Belon - KK
  • Teka Jumlah Kacang - UMUM
  • Bina Perkataan DE
  • Kuiz Spontan KK


 

 

 

 

 

 


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pembantu Perpustakaan Desa Sg. Bakau Pn Jamilah dan Pembantu Perpustakaan Desa Changkat Cik Fitrah kerana sudi membantu menjayakan program ini. Jasa baik kalian amatlah dihargai . Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Penolong Pegawai Cawangan Jawi Puan Nor Hayati kerana sudi turun memberi hadiah kepada pemenang-pemenang.
"LOVE YOU ALL"

Acara memotong kek Birthday



 






Selasa, 27 Oktober 2009

Program "Kenduri Bahasa"

Majlis Perasmian Program Kenduri Bahasa Semperna Bulan Bahasa Kebangsaan 2009. Disempurnakan oleh Y.B Dato Hj. Abdul Halim Bin Hussain (Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) 
Tarikh : 27 Oktober 2009
Jam : 8.45 pagi
Bertempat : Dewan Serbaguna Jawi SPS

Antara aktiviti yang dijalankan sekitar Program Kenduri Bahasa

Pertandingan Mewarna







Sudut Pameran I-Toy




 

Sudut Dart Ilmu







Jumaat, 23 Oktober 2009

Aktiviti Minggu Ini

Riuh gamat hari ini... bukan apa ramai yang tak setuju untuk mengadakan aktiviti membuat kad ucapan deepavali tu... macam-macam alasan yang depa bagi ... raya dah lepas la... tak reti  mereka kad la.. n macam-macam lagi lah...akhirnya aku wat keputusan untuk buat 2 aktiviti serentak... wat kad ucapan deepavali n melukis (bebas) ha...... baru lah aman sikit... kalau tidak pot pet pot pet... mengalahkan mak nenek


Tarikh : 23/10/2009 (Jumaat)
Aktiviti : Membuat Kad Ucapan Deepavali & Melukis (Tajuk Bebas)
Penyertaan : 20 peserta


Kreatif juge....



Bakat-bakat terpendam...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Aktiviti Mingguan

Tarikh : 16/10/2009 (Jumaat)
Aktiviti : Serupa Tapi Tak sama
Penyertaan : 29 peserta


 
 
 

Kenali Bendera & Negerinya

Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Aktiviti : Kenali Bendera Dan Negerinya
Penyertaan : 20 peserta
Penerangan Gambar : Peserta dikehendaki mengenali nama-nama negeri dan melekatkan
 bendera mengikut negeri-negeri tersebut.




Tarikh : 3/10/2009 (Sabtu)
Aktiviti : Jom Santai Bermain Saidina
Penyertaan : 27 peserta (5 kumpulan)


Selasa, 13 Oktober 2009

Aktiviti Sepanjang Karnival

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa karnival berlangsung. Letih juge duduk kt Gerai Kraftangan nie....Kepada yang berminat belajar atau pun tempahan.. Silalah hubungi saya ...

Inilah Hasilnya Pokok Bongzai Manik


Menyiapkan Tempahan


Air Tangan Lynda n Kakta

Karnival Makan-Makan Bersama Keluarga 4 October 2009 (Ahad)

Empat orang artis yang turut memeriahkan karnival ini adalah Zizan Nin, Farah Alia, Fauziah Nawi, Tony Yusoff dan juga Ning Baizura.

SETIAP BAYI SATU BUKU

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai yang terlibat Pn. Nor Hayati dan Cik Norma kerana sudi datang memberikan taklimat kepada Ibubapa dan masyarakat setempat. Tidak lupa juga kepada rakan sekerja Sharizal Hapimi kerana turut datang membantu




Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Tugas ibu bapa ialah merangsang perkembangan internek, emosi dan pembelajarannya supaya menjadi bayi yang jenius. Keadaan anak-anak kecil yang suci laksana mutiara berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa yang paling utama iaitu mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang berguna dan dihormati pada masa akan datang.

Pendidikan formal kanak-kanak bermula apabila mereka berumur 5 hingga 6 tahun, tetapi asas pendidikan yang sebenarnya berkembang ketika bayi masih dalam kandungan . Bertepatan dengan ini, ibu bapa perlu memberi peluang kepada bayi untuk menjelajah atau mengenali dunia sekeliling mereka selepas meraka dilahirkan.

Menyedari hakikat ini maka Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa dalam penyediaan pendidikan awal kanak-kanak dengan menghasilkan buku kain melalui Program setiap Bayi Satu Buku yang bersesuaian untuk kanak-kanak 7 tahun kebawah. Program ini juga dapat membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengetahuan kanak-kanak serta tahap kebolehan mereka dalam pembelajaran.