Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Sungai Kechil telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat En. Lai Chew Hock, ADUN Sungai Bakap pada 23 Jun 2003 bersamaan 1 Rabiulakhir 1422
Selasa, 8 Jun 2010
Isnin, 24 Mei 2010
Aktiviti Kaum Hawa...
Tiap-tiap hari Ahad pelbagai aktiviti, agenda yang disertai kaum wanita di kampung ini. Aktiviti-aktivi yang dijalankan saban minggu antaranya Bacaan Yasin Fadhilat, Latihan Burdah, Latihan Kompang, Kelas Fardhu Ain dan yang paling best .. nak tahu aktiviti apa.... ha.... jeng jeng jeng... apa lagi kalau bukan aktiviti memancing. Aktiviti yang paling baru adalah Kelas Masakan. Disebabkan setiap minggu penuh dengan agenda yang diatas maka ditetapkan kelas masakan ini di adakan sebulan sekali sahaja. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Kelas ini dikelolakan oleh Nur Raudah Enterprise. Terima kasih kepada Outlet Era Edar Bandar Baharu kerana menyediakan tempat untuk sama-sama mempelajari masakan tersebut. Sempat juga mempromosikan perpustakaan saya.. 3 jenis Tart yang dapat dipelajari pada Ahad lepas iaitu Fruit Tart, Tart Telur dan Blueberry Cheese Tart. Terdapat 1 resepi BONUS iaitu Mango Cheese Tart.......
-->
Jadual Kursus Masakan 2010
(Semua Kursus secara hands-on)
Tarikh :13/6/2010 Ahad
Masakan puding (RM 30)
Mempelajari asas membuat puding dan masakan berasaskan agar-agar
Jenis masakan :-
1. Dadih
2. Puding Kramel (bakar/kukus)
3. Triffle
27/6/2010Ahad
Kek Lapis bakar & Kukus (Asas) RM 60
Mempelajari asas membuat kek lapis menggunakan kaedah moden dan tradisional
1. Kek Lapis masam Manis
2. Kek Lapis India
3. Kek Lapis Popia
25/7/2010 Ahad
Asas Membuat Kek (Bakar & Kukus) RM 40
Mempelajari kaedah asas membuat kek mentega, kek span, kek sifon
1. Kek Lumut Kukus
2. Kek Sifon Oren/ Pandan
3. Kek Coklat Cawan
26/9/2010 Ahad
Kek Lapis Bercorak (RM 60)
Mempelajari kaedah membuat kek lapis bercorak
1. Kek Lapis Semarak
2. Kek Lapis Roll
31/10/2010 Ahad
Western Food (RM 40)
Mempelajari kaedah beberapa jenis masakan barat
1. Sherperd Pie
2. Mushroom Soup
3.Apple Pie
07/11/10 Ahad
Masakan Mee (RM 30)
Mempelajari jenis masakan mee/bihun
1. Bihun / Mee bakso
2. bakso / Bebola daging
3. Laksa Serawak
05/12/10 Ahad
Makanan Pasta & Resepi Bonus (Cheese Cake) RM 50
Mempelajari jenis masakan pasta & spegehetti
1. Spegehetti Bolognese
2. Lasagna
3. Kek Keje Blueberry ( Blueberry Cheese Cake)
SEBARANG PERTANYAAN DAN URUSAN PENDAFTARAN HUBUNGI PN MAZIAH DITALIAN 0124064623 ATAUPUN SAYA SENDIRI DITALIAN 017-4300401 @ EMAILKAN KE skechil@yahoo.com
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVmJqVCa7pynHNaGpwvBcNBEwi1Uwz_4tUtHXP1YQTlroy-VTPCjBtR1rAALRnd9PSPcyhTNJ6VXe_WD3ON6S5tpvDHTejls95EeZ6LqzBOTiCOd4ekGrgjYf0qTKdG3s3ZCTCjib0WNKq/s320/lin+037.jpg)
Tengok dan buat...
Pembikinan Fruit Tart
Antara yang telah siap
Jadual Kursus Masakan 2010
(Semua Kursus secara hands-on)
Tarikh :13/6/2010 Ahad
Masakan puding (RM 30)
Mempelajari asas membuat puding dan masakan berasaskan agar-agar
Jenis masakan :-
1. Dadih
2. Puding Kramel (bakar/kukus)
3. Triffle
27/6/2010Ahad
Kek Lapis bakar & Kukus (Asas) RM 60
Mempelajari asas membuat kek lapis menggunakan kaedah moden dan tradisional
1. Kek Lapis masam Manis
2. Kek Lapis India
3. Kek Lapis Popia
25/7/2010 Ahad
Asas Membuat Kek (Bakar & Kukus) RM 40
Mempelajari kaedah asas membuat kek mentega, kek span, kek sifon
1. Kek Lumut Kukus
2. Kek Sifon Oren/ Pandan
3. Kek Coklat Cawan
26/9/2010 Ahad
Kek Lapis Bercorak (RM 60)
Mempelajari kaedah membuat kek lapis bercorak
1. Kek Lapis Semarak
2. Kek Lapis Roll
31/10/2010 Ahad
Western Food (RM 40)
Mempelajari kaedah beberapa jenis masakan barat
1. Sherperd Pie
2. Mushroom Soup
3.Apple Pie
07/11/10 Ahad
Masakan Mee (RM 30)
Mempelajari jenis masakan mee/bihun
1. Bihun / Mee bakso
2. bakso / Bebola daging
3. Laksa Serawak
05/12/10 Ahad
Makanan Pasta & Resepi Bonus (Cheese Cake) RM 50
Mempelajari jenis masakan pasta & spegehetti
1. Spegehetti Bolognese
2. Lasagna
3. Kek Keje Blueberry ( Blueberry Cheese Cake)
SEBARANG PERTANYAAN DAN URUSAN PENDAFTARAN HUBUNGI PN MAZIAH DITALIAN 0124064623 ATAUPUN SAYA SENDIRI DITALIAN 017-4300401 @ EMAILKAN KE skechil@yahoo.com
Rabu, 19 Mei 2010
Lagi Banjir Melanda Sungai Kechil
Pagi semalam fuh...... hujan turun dengan lebat sekali...bawa kereta pun sampai tak nampak jalan, dekat luar library pun air dah banyak tapi ....selamat tak masuk library, lebih kurang jam 10 pagi jiranku telefon.. air dah mulai melimpah.. tak tahu la pulak kali ni air cepat naik.. dekat rumah waktu tue tak ada sesiapa pun semua dah keluar bekerja... duduk kt library dah tak senag hati dah... telefon dekat pejabat dapat bercakap dengan Pn Azizah terus pohon cuti kecemasan...masa balik tu...air dah takat buku lali... tikar , carpet pun dah terendam... kali nie banjir cukup lambat nak surut, bayangkan lah dari pukul 10.00 pagi air naik pukul 6 petang baru nak surut... jenuh-jenuh...Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu kejadian
Dekat library pun air penuh....
Bumbung perpustakaan turut bocor
Masjid turut digenangi air
Ibuku sedang ditemuramah pemberita metro , turut kelihatan Tuan Haji Foad Penyelaras KADUN Sungai Bakap
Antara rumah yang turut terlibat
PROMOSI PERPUSTAKAAN
Hari : Wanita Bertemu Masyarakat
Tarikh : 16 Julai 2010 (Ahad)
Jam : 8.00pagi -1.00 petang
Tempat : Dewan Khairat Kematian Kampung Sungai Kechil
Pengisian Acara
Pengisian Acara
- Persembahan Nasyid,Burdah dan Berendoi
- Pemeriksaan Kesihatan
- Persembahan kanak-kanak TABIKA
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Kuih Tradisional
- Pertandingan Aspek Wanita
- Teka Panjang Reben
- Cabutan Bertuah
- Tayangan Slaid "ISU SEMASA"
- Gerai-gerai Jualan makanan dan minuman
- Jualan Produk-produk Anak Tempatan
Memberi penerangan mengenai Setiap bayi Satu Buku
Mempamerkan koleksi buku yang ada
Menerima pendaftaran baru
Pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Bukit Panchor
Kaunter Tabung Haji
Inilah Gerai-Gerai Jualan Produk-Produk Anak Tempatan, antaranya kerepek,kerisik, jelly kelapa, kek, kuih tradisional, cenderamata, Permata Hijrah, pokok dan baja serta gerai jualan makanan dan minuman.
Antara persembahan yang sempat dirakamkan...
Dikesempatan ini diucapkan jutaan terima kasih kepada Pembantu Perpustakaan Desa Sungai Bakau Pn. Jamilah dan Pembantu Perpustakaan Bukit Tambun Cik Norhasimah kerana membantu menjayakan promosi kali ini. Tidak lupa juga kepada Pegawai Pemantau Perpustakaan Cawangan Jawi En. Ahmad Zaini Effandi B. Md Yusof kerana sudi hadir walaupun seketika cuma...
Jumaat, 14 Mei 2010
Aktiviti Jumaat
Aktiviti : Sunflower Craft For Teacher's Day
Tarikh : 14 Mei 2010
Jam : 4.00 petang
Boleh dijadikan hadiah semperna Hari Guru... Hadiahkan kepada Guru yang berjaya mendidik anda.... Pasu tidak disediakan yer.... gunakan kreativiti adik2 sendiri...
Aktiviti yang menyeronokan...Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lagi aktiviti-aktiviti pada hari Jumaat & Sabtu
Isnin, 10 Mei 2010
Jumaat, 7 Mei 2010
Aktiviti Semperna hari Ibu
Semalam masa ronda-ronda super market tak perasan terbeli lolipop... waktu mana di si Danial letak dalam troli pun tak tahu... time nak bayaq tengok2 dia dah siap ambil 1 pek lolipop. Nak buat cam na bayaq aja lah.. Sampai kt rumah terpikir-pikir lah jugak nak buat apa banyak sangat.... ha.... tiba-tiba idea mari...maka inilah hasilnya....
Aktiviti : Sekuntum Lolipop Khas Buat Ibu
Tarikh : 7 Mei 2010
Jam : 4.00 Petang
Tara......Inilah Hasilnya
Isnin, 3 Mei 2010
Majlis Perpisahan
Pada Jumaat 30 April 2010 jam 6.45 petang. Semua kakitangan Bahagian SPS dijemput ke Perpustakaan Cawangan Jawi bagi meraikan Majlis Perpisahan Pegawai yang disayangi Puan Nor Hayati dan sahabat yang dikasihi Pn. Nadrah. sedih juga... dah tiga tahun dibawah jagaan beliau. Beliau seorang yang dedikasi, penyayang dan baik hati...Tempat bekerja aja bertukar tapi kita masih tetap akan berjumpa....Dan saya doakan semoga Puan Yati dan Nad akan terus success selalu walau dimana jua kalian berada. Dan diucapkan
SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI BARU DAERAH SPS
EN. AHMAD ZAINI EFFANDY BIN MAT YUSOP
Aktiviti Minggu Ini
Lama betul tak upload gambar-gambar xtvt.Bukan apa adik pinjam camera.. dah 2 bulan lebih ada kt dia nak kena sekeh la tue... ha...... kali nie Kaklynn janji... semua xtvt yang kita buat, mesti kaklynn upload okey ye adik-adik ku sayang.... Minggu lepas kita orang buat xtvt nie...
Word Uncrambles
Tarikh : 30 April 2010 (Jumaat)
Jam : 3.30 petang
Tiap kali buat xtvt suke meniarap..... ish.. ish ish.....
Isnin, 26 April 2010
Jumaat, 23 April 2010
PESTA BUKU PULAU PINANG
Tarikh : 28 April -2 Mei 2010
Bertempat : Dewan Melenium, Kepala Batas
Kini Pesta Buku Kembali lagi. Jom ramai-ramai kita serbu. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
SARINGAN PERTANDINGAN BERCERITA
Saringan telah pun diadakan pada 18 April 2010 bersamaan hari Ahad yang lepas. Syukur ke hadrat illahi kerana peserta dari PD ini juga tersenarai untuk ke Peringkat akhir. Tahniah buat Adik NurDini Sahira Binti Zamri. Tajuk cerita yang disampaikan ialah Orang Pemalas Selalu Rugi
Promosi Bersama Bas Bergerak '4'
Pada : 9 Febuari 2010 (Selasa) Jam : 10.00 pagi
Bertempat : Blue Star Montessory Nibong Tebal
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
Bertempat : Blue Star Montessory Nibong Tebal
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
- Bercerita Bersama KakLin
- Soal Jawab
- Jom Mewarna
Langgan:
Catatan (Atom)